Senarai Pemenang Anugerah Pemain Terbaik PFA England 2015 - Qiss.me

Senarai Pemenang Anugerah Pemain Terbaik PFA England 2015

Senarai Pemenang Anugerah Pemain Terbaik PFA England 2015. Musim bolasepak EPL 2014/ 2015 yang cemerlang menjadi milik pemain sayap Chelsea, Eden Hazard dari Belgium yang telah diumumkan sebagai pemenang Anugerah Pemain Terbaik Tahunan Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) England, hari ini. Beliau  mengatasi dua pencabar terdekat, Harry Kane (Tottenham) dan penjaga gol Manchester United, David De Gea. Namun Kane, penyerang England berusia 21 tahun diundi sebagai pemenang Anugerah Pemain Muda Terbaik Tahunan PFA England mengatasi Hazard, 24, di tempat kedua dan pemain Liverpool, Philippe Coutinho, 22, ketiga.  

Senarai Pemenang Anugerah Pemain Terbaik PFA England 2015
Anugerah Pemain Terbaik Tahunan Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) England
1. Eden Hazard - Chelsea
2. Harry Kane - Spurs
3. Davide De Gea - Man United

Anugerah Pemain Muda Terbaik Tahunan PFA England
1. Harry Kane - Spurs
2. Eden Hazard - Chelsea
3. Philippe Coutinho - Liverpool 
Anugerah Pemain Terbaik PFA England 2015
Kemenangan Hazard tidak memeranjatkan kerana beliau dan pasukan Chelsea beraksi sangat baik untuk musim EPL kali ini. Hazard telah menjaringkan 18 gol sepanjang semua perlawanan musim ini. Harry Kane, pemain muda England pula telah menjaringkan 20 gol untuk menjadi penjaring kedua terbanyak Liga Perdana Inggeris musim ini kurang satu gol di belakang Sergio Aguero. 

Untuk kesebelasan terbaik tahunan PFA England pula, pemain Chelsea mendominasi senarai dengan 6 wakil, Man United - 1, Southampton - 1, Liverpool - 1, Arsenal - 1 dan Spurs - 1.
KESEBELASAN TERBAIK TAHUNAN PFA ENGLAND
David de Gea (Man United); Ryan Bertrand (Southampton), Branislav Ivanovic (Chelsea), John Terry (Chelsea), Gary Cahill (Chelsea); Eden Hazard (Chelsea), Philippe Coutinho (Liverpool), Nemanja Matic (Chelsea), Alexis Sanchez (Arsenal); Harry Kane (Tottenham Hotspur), Diego Costa (Chelsea)
PFA Premier League team of 2015
Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Senarai Pemenang Anugerah Pemain Terbaik PFA England 2015"

Post a Comment