Senarai Pemenang ABPBH 2014 Anugerah Bintang Popular BH - Qiss.me

Senarai Pemenang ABPBH 2014 Anugerah Bintang Popular BH

Keputusan Rasmi Senarai Pemenang ABPBH 2014 Anugerah Bintang Popular BH 5 April 2015. Malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2014 Edisi ke 28 malam ini di Arena of Stars, Genting Highlands pasti hebat. Pencarian Bintang Popular untuk setiap 15 kategori yang dipertandingkan dan Bintang Paling Popular telah bermula dari 18 Februari hingga 25 Mac 2015 dan keputusan akan diketahui malam ini. ABPBH 2014 kali ini akan dihiburkan oleh persembahan dari penghibur seperti Datuk Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Aweera, Lefthanded, Faizal Tahir, Azlan & The Typewriter, Ayda Jebat, Akim, Mark Adam, Elizabeth Tan, Azmil dan Black. 

Amy Mastura, AG HotFM dan Sherry Alhadad akan hadir selaku pengacara majlis untuk tahun ini. ABPBH edisi ke-28 menampilkan pentas cukup unik dengan berkonsepkan origami bagi menterjemahkan unsur cinta yang dipilih sebagai tema penganjuran musim ini.

LIVE STREAMING / SIARAN LANGSUNG ABPBH 2014 KLIK ABPBH
ABPBH 2014 Anugerah Bintang Popular BH
Berikut adalah senarai pemenang  ABPBH 2014 pada 5 April 2015 :- 

* Bintang Paling Popular - Shaheizy Sam

* Pelakon Filem Lelaki Popular - Shaheizy Sam

* Pelakon Filem Wanita Popular - Siti Saleha


* Penyanyi Lelaki Popular - Akim

* Penyanyi Wanita Popular - Adira

* Pelakon TV Lelaki Popular - Shah Iskandar

* Pelakon TV Wanita Popular - Nad Zainal

* Artis Duo/Berkumpulan Popular - Akim & The Magistrate

* Artis Komedi Lelaki Popular - Abam

* Artis Komedi Wanita Popular - Didie Alias

* Artis Baharu Lelaki Popular - Hafreez Adam

* Artis Baharu Wanita Popular - Ayda Jebat

* Pengacara TV Lelaki Popular - Datuk Aznil Nawawi

* Pengacara TV Wanita Popular - Neelofa

* Penyampai Radio Lelaki Popular - Johan

* Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana

* Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Tan Sri SM Salim


Shaheizy Sam dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 2014, edisi ke-28 yang diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands malam ini.

Kemenangan itu melayakkan Shaheizy membawa pulang hadiah utama iaitu kereta Toyota Camry bernilai RM175,000 tajaan UMW Toyota Motor Sdn Bhd berserta trofi.

Ini adalah kemenangan ketiga Shaheizy Sam di pentas ABPBH.


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Senarai Pemenang ABPBH 2014 Anugerah Bintang Popular BH"

Post a Comment