Semakan Tawaran Keputusan Matrikulasi Sesi 2015/ 2016 - Qiss.me

Semakan Tawaran Keputusan Matrikulasi Sesi 2015/ 2016

Semakan Keputusan Matrikulasi Sesi 2015/ 2016. Calon-calon SPM yang telah membuat permohonan Program Matrikulasi KPM Kementerian Pendidikan Malaysia sesi kemasukan 2015/ 2016 pasti berdebar-debar menunggu keputusan tawaran kemasukan ke Kolej Matrikulasi. Semakan tawaran keputusan mereka yang berjaya ke Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 2015/2016  boleh disemak mulai 13 April 2015 jam 12 tengah hari  sehingga 23 Mei 2015 jam 11.59 malam.  Sebarang pertanyaan  sila hubungi  Bahagian Matrikulasi di talian 03 8884 4083 atau layari laman sesawang www.moe.gov.my.

* SEMAKAN KEPUTUSAN UPU SESI 2015/ 2016 ONLINE DI SINI 

Cara Buat Semakan Tawaran Keputusan Matrikulasi Sesi 2015/ 2016
Semakan secara online boleh dibuat pada 13 April 2015 di 


1) laman http://www.moe.gov.my atau 
2) melalui applikasi semakan TAWARAN MATRIKULASI iaitu selepas applikasi semakan di buka.

Semakan Tawaran Matrikulasi secara SMS pula boleh di buat dengan menaip  

MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888
" Tarikh tutup bagi pengesahan penerimaan tawaran penempatan ke Kolej Matrikulasi sesi 2015/2016 adalah pada 23 Mei 2015. Pendaftaran 'on-line' dibuka mulai 5 hingga 18 Mei 2015. " 
Semakan Tawaran Matrikulasi 2015
 
FAQ soalan lazim mengenai tawaran Matrikulasi boleh klik MOE. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Talian telefon pejabat atau talian bantuan – 03 8884 4083/4040/4036 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi – 4.30 petang.
 

Pemohon perlu melayari laman sesawang kerana calon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan dokumen untuk dibawa semasa mendaftar di kolej matrikulasi.

Rayuan Program Matrikulasi 2015/ 2016 bagi calon yang gagal boleh terus dibuat melalui Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia http://www.moe.gov.my bermula dari 13 hingga 26 April 2015. Sila rujuk Rayuan Matrikulasi sebagai panduan.

semak kolej matrikulasi 2015
Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Semakan Tawaran Keputusan Matrikulasi Sesi 2015/ 2016"

Post a Comment