Semakan Panggilan Temuduga Maktab Perguruan 2015 - Qiss.me

Semakan Panggilan Temuduga Maktab Perguruan 2015

Semakan Panggilan Temuduga Maktab Perguruan IPG 2015 Program Guru KPM Online. Umum sedia maklum yang Permohonan Calon Guru Maktab Perguruan PISMP 2015 telah di tutup pada 9 Mac 2015 yang lalu (jam 1159 malam). Selepas permohonan, Ujian kelayakan Calon Guru atau UKCG akan diadakan pula temuduga IPG atau interview di mana semakan dijangka boleh di buat secara online dari 24 Mac hingga 12 April 2015

Semakan nama calon berjaya ditemuduga secara dalam talian pula akan menyusul dan dijangka di umumkan pada 20 April 2015 seperti makluman di Kalendar Aktiviti PISMP 2015. Pemohon yang berjaya di panggil untuk temuduga dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri melalui laman sesawang KPM.

* Nota
Semakan Temu Duga Khas bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2015 bermula dari 7 hingga 12 Mei 2015 (11:59 PM)

SESI TEMU DUGA PISMP 2015 
  • Calon yang lulus UKCG akan dipanggil untuk sesi temu duga. 
  • Temu duga akan dilaksanakan pada hari yang berasingan dengan UKCG. Panduan temuduga IPG klik IPG 2015
PEMILIHAN - Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan, adalah bergantung kepada keputusan UKCG, prestasi dan skor merit semasa temu duga serta perakuan panel (Kelulusan oleh Ahli Mesyuarat  Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM adalah muktamad).Permohonan Maktab Perguruan 2015
Semakan nama calon berjaya ditemuduga secara dalam talian PISMP 2015 Online.
Semakan Pangggilan Temu Duga bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2015 akan diumumkan bermula dari 21 April 2015 (Selasa). Semakan boleh di buat di applikasi semakan di http://smg.moe.gov.my/pismp2015/ Maklumat lanjut sila layari  Laman Web KPM di www.moe.gov.my

Untuk panduan pemohon semua, berikut adalah tarikh-tarikh penting bagi Permohonan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) Ambilan 2015. Kalendar aktiviti penuh Permohonan Guru IPG 2015 boleh layari di IPG.

15 Feb 2015 - Iklan permohonan PPISMP Ambilan Jun 2015 dalam akhbar tempatan
17 Feb hingga 8 Mac 2015 - Permohonan secara online di buka
24 hingga 30 Mac 2015 - Semakan nama calon berjaya untuk menduduki UKCG
30 Mac hingga 9 April 2015 - Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)
21 April 2015 - Semakan nama yang berjaya di temuduga secara dalam talian
27 April hingga 7 Mei 2015 - Sesi temuduga 
29 Mei hingga 21 Jun 2015 - Semakan tawaran calon yang berjaya ke IPG 2015 
22 Jun 2015 - Pendaftaran calon di IPG

* Tarikh tertakluk kepada perubahan

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200
PERSIARAN APEC, CYBER 6
63000 CYBERJAYA

(u.p: Unit Pengambilan Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar)

No. Telefon : 03-8312 6720/6758/6731/6733/6769/6723/6760
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI
Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Semakan Panggilan Temuduga Maktab Perguruan 2015"

Post a Comment