Resepi Laksa Johor Yang Best Dan Sedap. Hidangan Laksa kini menjadi pilihan ramai keluarga di Malaysia untuk disajikan buat tetamu yang berkunjung ke kediaman mereka. Di Malaysia terdapat pelbagai jenis laksa antaranya Laksa Kelantan, Laksa Penang, Laksa Kedah, Laksa Siam, Laksa Johor dan sebagainya. Untuk resepi kali ini, dikongsikan resepi cara-cara membuat Laksa Johor yang best dan sedap dan sering menjadi antara menu sarapan pagi popular selain lontong kering, nasi lemak, soto dan mi rebus terutamanya di Johor.
Keenakan laksa Johor dapat dilihat melalui pemilihan bahan-bahannya segar dan ditambah dengan ulam-ulaman serta sambal belacan yang menambahkan keenakan hidangan tradisi tersebut. Yang bestnya, kebiasaannya masyarakat Johor akan menikmati laksa Johor menggunakan tangan.
RESEPI LAKSA JOHOR
Bahan-Bahan:
Untuk kuah
1. Seekor ikan tenggiri/parang sederhana besar - rebus, asingkan daging daripada tulang dan kemudian kisar secar berasingan
2. Dua ekor ikan kembung - buat seperti di atas
3. Segenggam udang hidup - rebus dan blend
4. Segenggam udang kering - rebus dan blend
5. Ikan kurau kering (sebesar tapak tangan)- rebus dan blend
Nota: Bahan 1 dan 2 boleh di buat sekali manakala bahan 3,4,5 boleh buat sekali. Air rebusan jangan dibuang. Guna air yang cukup cukup sahaja.
6. 20 ulas bawang merah (shallots) - blend
7. 10 ulas bawang putih - blend
8. Dua paket kecil perencah kari ikan Adabi - campurkan dengan sedikit air untuk membentuk pes
9. Asam jawa - segenggam dan bancuh dengan air rebusan ikan (boleh adjust ikut citarasa anda)
10. 10 cili kering (rebus dan blend) atau boleh guna dua sudu cili boh (kalau
tak suka pedas, jangan guna langsung)
11. Santan (sebiji kelapa) boleh guna santan segera
12. Kerisik (tiga/empat sudu makan/dari 1 biji kelapa)
13. Gula, garam
14. Minyak untuk tumis
15. 2 batang serai, dititik (atau boleh blend dengan bawang)
Cara Memasak Laksa Johor:
Method (Pastikan api yang Sederhana dan sentiasa kacau semasa keseluruhan proses memasak)
1.Perapkan ikan & udang yang telah dihaluskan dengan santan selama 2 jam.
2. Masukkan cili boh (jika guna) dan paste kari, goreng sampai terbit minyak, masukkan kerisik dan gaul rata.
3. Masukkan isi ikan, udang, ikan kering and udang kering
4. Masukkan air asam jawa (bancuh dengan air rebusan)
5. Bila agak mendidih, masukkan santan, adjust airnya
6. Biar mendidih
7. Adjust the gula and garam ikut citarasa
8. Biarkan mendidih and boleh rasa, kalau kurang masam boleh masukkan 1 atau 2 keping asam gelugor.
Cadangan Hidangan:
Untuk hidangan
1. Satu peket spaghetti, rebus al dente* - laksa Johor ni kalau guna laksa beras tak sedap
2. Sebiji timun - hiris bulat dan mayang halus (macam batang mancis pun boleh)
3. Taugeh - basuh
4. Daun selasih - basuh dan mayang
5. Bawang besar - basuh dan mayang halus
6. Daun kesum (optional) - basuh dan mayang
7. Jeruk lobak (optional) - basuh dan hiris nipis
8. Limau kasturi - belah dua (for one serving)
9. Sambal - (10/15 cili kering rebus/cili merah dan 10 biji bawang merah di blend halus, belacan bakar anggaran 1 inci diameter + gula + garam secukup rasa)
Method
Masukkan spaghetti dalam pinggan, masukkan timun and ulam ulam lain, masukkan sesenduk kuah, bubuh sambal belacan dan perahkan limau, (orang yang nak makan tu gaul rata rata)
Tambahan:
Makan dengan tangan lagi best.
(* to get the al dente texture, Didihkan air, masukkan spaghetti dengan sesudu olive oil/cooking oil and garam selama 10-15 minit (ikut arahan kat packaging), toskan dan bilas dengan air sejuk. Ini adalah untuk mengelakkan pasta daripada masak secara berterusan dalam haba sendiri. Kalau tak bilas, nanti jadi kembang dan berkanji)
Selamat mencuba.
Sumber
0 Orang Menanggapi Artikel "Resepi Laksa Johor Yang Best Dan Sedap"
Post a Comment