Permohonan Jawatan Kosong PDRM Secara Online - Qiss.me

Permohonan Jawatan Kosong PDRM Secara Online

Permohonan Jawatan Kosong Polis PDRM Secara Online. Dipetik dari makluman dari Portal Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memakluman yang TIADA PENGAMBILAN TERBUKA JAWATAN PDRM.  Warganegara Malaysia yang berminat menjawat jawatan di dalam PDRM - Polis DiRaja Malaysia boleh memohon melalui pendaftaran secara 'online' (Borang SPA8) di Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang telahpun dilaksanakan sejak 20 Mac 2012.
Cara Buat Permohonan Jawatan Polis DiRaja Malaysia Secara Online
  • Daftar Pekerjaan Di Perkhidmatan Awam (SPA 8i) Secara Online :- Layari Pendaftaran Pekerjaan SPA8i dan ikut langkah-langkah yang diberi
    Pemohon dinasihatkan merujuk kepada Panduan Pengguna untuk lebih memahami bagaimana proses pendaftaran dapat dilakukan tanpa masalah  

Rujuk Soalan Lazim SPA Pendaftaran di FAQ
Permohonan PDRM Secara Online

Syarat-syarat Permohonan
  • Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melaui online sahaja
  • Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan
  • Tempoh sah laku permohonan adalah lima tahun
  • Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian/Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temuduga

Untuk maklumat jawatan di Suruhanjaya Pasukan Polis seperti Inspektor, Sarjan dan Konstabel, syarat lantikan dan deskripsi tugas, pemohon boleh klik Di Suruhanjaya Pasukan Polis. Ianya akan memaparkan senarai jawatan sertakan maklumat terperinci mengenai tugas, kelayakan dan gaji permulaan untuk setiap jawatan.


 
Terkini 10 Mei 2015

ISI 12,000 KEKOSONGAN PDRM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengisi 12,000 kekosongan jawatan dalam pasukan itu secara berperingkat bermula tahun ini sehingga tahun depan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar berkata, sebanyak 6,750 kekosongan jawatan anggota dan pegawai akan diisi tahun ini manakala selebihnya akan dilakukan pada tahun depan.

“Bagi jawatan inspektor saja, kita menerima 14,000 permohonan setahun dan itu tidak termasuk jawatan konstabel serta sarjan yang jumlahnya dua kali ganda.
SUMBER : HARIAN METRO


Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Permohonan Jawatan Kosong PDRM Secara Online"

Post a Comment