Panduan Temuduga / Interview Institut Pendidikan Guru (IPG) Maktab Perguruan. Buat lepasan SPM terutamanya, dan pada mereka yang telah membuat permohonan kemasukan ke Maktab Perguruan, semakan panggilan temuduga IPG akan diumumkan pada 21 April 2015. Bagi mereka yang berjaya sudah tentu juga anda memerlukan tips-tips untuk temuduga bukan? InsyaAllah, kat sini ada beberapa tips temuduga IPG Maktab KPLSPM yang mungkin dapat membantu adik-adik masa ditemuduga nanti. Temuduga IPG ini biasanya dijalankan berasingan dengan panggilan UKCG.
Okay, kita teruskan. sebelum dipilih masuk ke IPG mesti ada temuduga kan? So, aku ada la buat research sikit tips nak menghadapi sesi temuduga tu nanti. Ternyata susah juga temuduga ini. Harap panduan temuduga IPG ini dapat membantu.
Panduan Temuduga Institut Pendidikan Guru (IPG) Maktab Perguruan
Persiapkan diri dengan ilmu pengetahuan, segala isu-isu semasa terutama isu-isu pendidikan, barisan kabinet negara atau segala hal berkaitan Kementerian Pelajaran Malaysia.Berdasarkan pengalaman, kebiasaannya soalan yang ditanya semasa temuduga tersebut ialah isu semasa dan bagaimana kita jika sebagai guru mengatasi masalah tersebut dengan rasional dan berhemah tanpa melanggar etika seorang guru. selain itu juga, soalan yan di tanya juga berkisarkan barisan kabinet negara contoh seperti "siapakah Menteri Pelajaran pada 2007' dan soalan-soalan lain.
Pemakaian yang sopan, berketrampilan, kemas dan menampakkan ciri-ciri seorang guru.Semasa menghadiri temuduga, perkara pertama yang menjadi pandangan mata penemuduga adalah cara kamu berpakaian. bagi perempuan pastikan berbaju kurung atau baju yang tidak terlalu menjolok mata, mesti berkasut hitam bertumit, memakai stokin dan bersolek sedikit. Solekan tidak perlu terlalu tebal hingga nampak macam hantu cina atau kuih tepung gomak. Kalau lelaki, rambut tak perlulah macam artis, anda perlu datang dengan rambut pendek dan kemas. Pakai tie dan baju kemeja plain. Kalau berjalur tak perlu la jalur macam tikar getah.
Keyakinan diri yang tinggi.
Setiap soalan yang diajukan oleh penemuduga, hendaklah kamu jawab dengan penuh keyakinan. Reaksi muka tanpa ragu-ragu, kamu tidak perlu tergagap atau menunjukkan yang kamu seolah-olah tidak tahu perkara itu. Jika kamu memang tidak boleh menjawab, cuba juga untuk menjawab tetapi pastikan reaksi muka kamu dalam keadaan yakin. Jika penemuduga bertanya kamu, "betul kah apa yang dinyatakan kamu sebentar tadi". Kamu perlu jawab "saya yakin dengan jawapan saya". Jika dia menidakkan atau membidas, anda perlu akur dan jawablah dengan berhemah.
Senyuman dan suara yang jelas dan lantangSepanjang temuduga berlangsung pastikan anda murah senyuman. Tetapi tidak perlulah senyum tidak bertempat hingga orang lain kata anda manusia tiga suku. Anda senyum apabila perlu. Selain itu, semasa menjawab sebarang pertanyaan atau sesi temuduga bersama penemuduga, suara anda perlulah jelas dan lantang. Tak perlu juga untuk anda terjerit-jerit hingga mengganggu rakan anda berdikusi. Cukuplah sekadar 1 bilik temuduga itu jelas tentang apa yang kamu perkatakan.
Jangan ego atau membidas pandangan orang lain dengan biadap.Seperti anda ketahui, temuduga bagi bakal guru pelatih nanti akan berada dalam 2 sesi. sesi 1 adalah individu dimana ia bertanyakan kelebihan dan tahap kemampuan anda. Pencapaian anda di sekolah atau apa-apa sahaja yang menujukkan anda lebih dari orang lain. Anda perlu tegaskan perkara tersebut. Sesi 2 pula ialah perbincangan. Penemuduga akan memberi 1 isu dan minta anda dan rakan dalam kumpulan untuk bincangkannya. Semasa perbincangan, anda perlu menghormati pendapat rakan. Jika anda hendak mebidas pastikan kata-kata membidas itu berhemah. Contoh " maafkan saya, boleh saya mencelah" atau, "saya menyokong pendapat saudara. Tetapi bagi pendapat saya pula... ".. dan sebagainya.... lagi satu, anda tidak perlulah conquer kesemua perbincangan tersebut hingga rakan lain tidak berpeluang untuk bercakap.
(Untuk lebih jelas, sila scroll ke bawah)
Perlu tahu apa itu perbezaan bidang perguruan dengan profesion keguruan.Kedua-dua perkara ini selalu dibahaskan oleh beberapa pihak terutama dalam temuduga. Penemuduga hendak melihat sejauh mana pengetahuan kita tentang profesion tersebut. dan saya sendiri juga kadang-kadang keliru. Jadi saya minta anda bertanya kepada golongan lebih arif tentang perkara ini. Saya juga risau apa yang saya nyatakan kelak menjadi tidak kungruen dengan penytaan anda.
TINGKAH LAKU & ADAB SEMASA TEMUDUGA
- Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja. Ucapkan “Selamat Pagi” atau “Selamat Petang” mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga.
- Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.
- Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.
- Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu.
- Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu.
- Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu
- Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.
- Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat. Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar
- Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua PanelGunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya.
- Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.
- Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut.
- Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
- Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
- Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.
1. Sebelum datang, check fail, susun sijil ikut keutamaan. Untuk helaian pertama letak surat tawaran temuduga, seterusnya disusuli dengan sijil SPM, surat berhenti sekolah dan lepas itu baru letak sijil-sijil kokurikulum. Sijil-sijil ini perlu diletakkan mengikut ketinggian misalnya peringkat kebangsaan dahulu, then peringkat negeri, peringkat daerah dan akhir sekali peringkat sekolah. Hal ini akan memudahkan penemuduga untuk menilai anda.
2. Then, isi borang yang memerlukan kita buat karangan untuk menyatakan sebab kita minat dalam bidang profesion perguruan ini. Karang dan buat sehabis baik dan letak sebab-sebab yang relevan mengapa anda ingin menjadi guru kerana penemuduga membaca setiap patah yang anda tulis. Contoh; saya minat bidang perguruan ini kerana minat dari kecil lagi..
3. Pakai pakaian yang kemas dan mesti ala-ala cikgu! Nak jadi cikgu kan? Kalau boleh pakai baju kemeja lengan panjang lengkap dengan tali leher (mesti match dengan warna baju), tali pinggang, stokin dan kasut hitam bertutup. Perempuan pula, cukup dengan baju kurung, tudung senada dengan warna baju dan kasut bertutup. Gosok pakaian anda.
Perhatian : Pelajar yg memakai baju t-shirt confirm permohonan ditolak. (Sudah dijelaskan di atas)
4. Minta restu ibu bapa dan keluarga sebelum temuduga agar memudahkan perjalanan temuduga anda nanti.
SETERUSNYA ANDA HARUS BERSEDIA UNTUK :
5. Sesi temuduga terbahagi kepada 3 bahagian. Ujian INSAK, Temuduga Individu dan Temuduga Berkumpulan.
6. Ujian INSAK.
Anda perlu menjawab 135 soalan dalam masa 30 minit. Ujian ini berdasarkan personaliti anda sama ada sesuai atau tidak dengan profesion perguruan ini. Mudah saja soalan Ujian INSAK ini. Tak perlu risau sangat. Jawab dengan santai saja. Lebih kurang macam soalan ujian personaliti. So, cari jawapan yang baik-baik saja. Jangan fikir lama sangat nanti tak sempat jawab semua soalan.
7. Sesi Individu.
Anda hanya akan ditanya mengenai latar belakang pendidikan, keluarga dan juga sebab mengapa anda minat bidang keguruan ini. Penemuduga juga akan tanya aktiviti yang anda minat, aktiviti yang telah anda sertai di sekolah dan juga mengenai sijil-sijil yang telah anda perolehi. Relax dan jawab dengan penuh yakin tanpa ragu-ragu walaupun anda berdebar sebenarnya. Jangan gugup, kalau terlampau nervous. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus dan start again!
Bagi yang mengambil minor Bahasa Inggeris, anda akan turut ditanya soalan dalam bahasa Inggeris dan perlu menjawab dalam Bahasa Inggeris. Kalau yang terpilih dalam SJK(C), mesti ada yang terselit-selit bahasa Mandarin sikit. Same goes to SJK(T), so.... make a complete preparation. Pastikan senyuman sentiasa terukir di bibirdan JANGAN SESEKALI BUAT MUKA BLURR OR TIDAK TAHU. Kadang-kadang kita akan di suruh berkawat, bernyanyi, menari juga tau. So berlatih dari sekarang.
8. Sesi berkumpulan.
Seramai 6 orang (maksimum) akan turut serta dalam sesi ini. Anda akan diberi tajuk. (beri perhatian kepada isu-isu semasa yang berlaku dalam negara dan global) Jadi, banyakkan baca surat khabar! Anda akan diberi masa selama 1 minit untuk bersedia. Seterusnya anda perlu mengutarakan point/hujah anda. Tak kisah point anda itu baik atau tidak. Just cakap dengan berkeyakinan saja. Penemuramah hanya melihat cara anda berkomunikasi. Tidak ada markah isi. Yakin, yakin, dan yakin serta cakap banyak-banyak ok! Yang penting be as friendly as you could! Pastikan anda paling menyerlah dalam kumpulan tersebut! InsyaAllah, pasti anda berjaya!
Berikut adalah beberapa soalan popular ketika temuduga IPG.
1. Bebanan kerja guru semakin bertambah,bagaimanakah caranya?
2. Budaya buli di sekolah semakin serius,apakah puncanya?
3. Mengapakah kamu memohon IPG?
4. Apakah tanggungjawab seorang guru?
5. Apakah tujuan program PLKN dilaksanakan?
6. Apakah objektif KBSR,KBSM,KSSR?
7. Jika kamu diminta mengajar di luar bandar,bagaimana kamu menghadapi masalah kehidupan di situ?
8. Sanggupkah kamu ditempatkan di luar bandar?
9. Objektif utama hari guru?
10. Bagaimanakah kamu meningkatkan ilmu dan kemahiran supaya menjadi guru yang cemerlang?
11. Fungsi utama PIBG?
12. Guru mempunyai banyak masa lapang,tidak banyak tugas.setuju atau tidak?
13. 5 sebab mengapa kamu perlu dipilih untuk menjadi guru?
14. Apakah yang akan kamu lakukan jika pelajar menentang kamu?
15. Yang mana lebih penting?tugas atau keluarga?
16. Apakah cabaran terhebat perguruan pada masa kini?
17. Berikan 3 tugas lain seorang guru selain daripada mengajar?
18. Guru kencing berdiri,anak kencing berlari,adakah kamu setuju?Mengapa?
19. Remaja kini semakin liar dan ganas.Apa pendapat anda?
20. Bagaimana cara efektif membendung masalah gengsterisme?
Penemuduga selalu juga tanya mengenai :
- SEKOLAH WAWASAN.
- SEKOLAH PENYAYANG.
- PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN.
- JUMLAH IPG DI MALAYSIA. (Jumlah IPG sebanyak 27 buah kampus kesemuanya.)
Click here untuk senarai IPG di Malaysia. - PERANAN SEORANG GURU
- PROGRAM2 YANG DIJALANKAN DI SEKOLAH
- ISU-ISU SEMASA SEKOLAH
0 Orang Menanggapi Artikel "Panduan Temuduga Institut Pendidikan Guru (IPG)"
Post a Comment