Maklumat Jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S27 - Qiss.me

Maklumat Jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S27

Dipetik dari FB SPA memaklumkan yang peperiksaan online bagi memasuki Perkhidmatan Awam untuk Jawatan PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN GRED S27 akan diadakan pada 15 APRIL 2015 (RABU). SILA KLIK PAUTAN BERIKUT UNTUK MAKLUMAN LANJUT:

http://e-semakan.spa.gov.my/jadual

Berikut adalah maklumat jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S27, skop kerja, tangga gaji dan sebagainya untuk makluman pemohon.

Penolong Pegawai Penerangan Gred S27           
  •     Kumpulan: Sokongan             
  •     Kem/Jab: Kementerian Penerangan dan Kementerian Kesihatan             
  •     Jadual Gaji:      
Penolong Pegawai Penerangan Gred S27
Gaji Minimum     Gaji Maksimum     Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM1,362.00          RM5,092.00         RM145.00
   
  Syarat Lantikan:  

    Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
    [ Gaji Permulaan: RM1,362.00 ]
    Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
    [ Gaji Permulaan: RM1,362.00 ]
    Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
    [ Gaji Permulaan: RM1,661.95 ]
    Diploma Komunikasi dan Media yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    [ Gaji Permulaan: RM1,661.95 ]
    lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

     Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):    
       
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penerangan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S27 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
   
          i.     mempunyai kelayakan di atas; dan    
          ii.     lulus Peperiksaan Khas; dan    
          ii.     berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.    
                           
    Deskripsi Tugas :    
       
          i.     Kementerian Penerangan    
          Bertanggungjawab melaksanakan aktiviti dan objektif Jabatan, menjalankan tugas pentadbiran dan kewangan di daerah, menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa Tetap dan ‘Adhoc' di daerah dan menyediakan laporan-laporan dan analisa-analisa berhubung dengan isu-isu semasa.    
                           
          ii.     Kementerian Kesihatan    
                a)     Menyelia perkhidmatan tabung darah, peralatan teknikal tabung darah
dan mengurus bekalan dan menyimpan inventori tabung darah.    
                b)     Merangka program Kempen Menderma Darah, pameran dan ceramah serta
mengurus kebajikan para penderma darah.


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Maklumat Jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S27"

Post a Comment