Keputusan Kes Doping Lee Chong Wei April 2015. Umum sedia maklum yang jaguh perseorangan badminton negara iaitu, Datuk Lee Chong Wei, 33 telah digantung sementara oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kerana gagal ujian doping dan didapati positif 'dexamethasone' pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Ogos tahun lepas. Naib juara Olimpik Beijing 2008 dan London 2012 itu kemudiannya digantung BWF mulai 11 Nov lalu sementara menantikan kesnya didengar di Amsterdam, Sabtu ini. Chong Wei telah tiba di Amsterdam bersama Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh, ahli majlis BAM, Jadadish Chandra dan peguam peribadinya, Brian Song bagi menghadapi perbicaraan membabitkan kes doping beliau.
Chong Wei akan berdepan tiga panel bebas yang dilantik Persekutuan Badminton Dunia (BWF) - dua dari Eropah dan satu dari India dalam perbicaraan yang akan berlangsung di Hotel Sheraton Amsterdam Airport bermula pukul 10 pagi waktu tempatan (4 petang waktu Malaysia) esok.
Oleh itu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya peminat sukan badminton mendoakan agar keputusan pendengaran kes doping jaguh negara Datuk Lee Chong Wei mencapai keputusan yang positif.
Timbalan Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata dengan keputusan positif yang dicapai nanti, bekas pemain nombor satu dunia itu dapat meneruskan cabaran yang lebih besar khususnya membawa pulang pingat emas Sukan Olimpik kepada negara.
Berita Terkini 11 April 2015
Sesi pendengaran membabitkan kes doping jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berehat seketika untuk makan tengah hari selepas berlangsung selama tiga jam setengah bermula sejak pukul 9.25 pagi waktu tempatan (3.25 petang waktu Malaysia). Ia dijangka kembali bersambung selepas jam 2 petang waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia).
Sesi pendengaran kes doping Datuk Lee Chong Wei tamat, sebentar tadi selepas hampir lapan jam di Bilik Saturn di Hotel Sheraton Amsterdam Airport, di sini. Namun, tiga ahli panel Persekutuan Badminton Dunia (BWF) masih belum membuat keputusan mengenai kes berkenaan membabitkan jaguh perseorangan negara itu. Difahamkan, satu keputusan hanya bakal diketahui dalam tempoh tiga minggu lagi.
Berita Terkini 27 April 2015 Jam 300 petang
Jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dikenakan penggantungan selama lapan bulan selepas didapati bersalah menggunakan bahan terlarang jenis dexamethasone ketika Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos tahun lalu.
Bagaimanapun, Chong Wei yang juga bekas pemain nombor satu dunia boleh menarik nafas lega apabila tiga ahli panel Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang mengadili sesi pendengarannya di Amsterdam, Belanda, 11 April lalu memutuskan tarikh penggantungan bermula pada 30 Ogos tahun lalu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan BWF, sebentar tadi keputusan itu menyaksikan tempoh penggantungan Chong Wei akan tamat 30 April ini (Khamis ini) sekali gus membolehkan dia beraksi untuk skuad negara pada kempen Piala Sudirman yang mana tarikh tutup pendaftaran pemain akan berakhir jam 12 tengah malam ini.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI
0 Orang Menanggapi Artikel "Keputusan Kes Doping Lee Chong Wei April 2015"
Post a Comment