Kad Tambah Nilai Prabayar Top-Up Kena GST - Qiss.me

Kad Tambah Nilai Prabayar Top-Up Kena GST

Kad Tambah Nilai Prabayar Top-Up Kena GST. Pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang bermula semalam telah menerima rungutan orang ramai terutama isu kad top up telcos yang menerima banyak reaksi negatif mengenainya dan telah diluahkan menerusi laman-laman sosial. Tindakan pengusaha syarikat telekomunikasi yang mengenakan GST terhadap kad tambah nilai prabayar walaupun ia sepatutnya dikecualikan GST telah menerima rungutan orang ramai. 

Isu top up ini berjaya diselesaikan secara baik seperti dipetik dari BH online apabila semua syarikat telekomunikasi akan mengenakan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) enam peratus bagi setiap pembelian kad tambah nilai prabayar dengan memberi tambahan penggunaan masa berbual dan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pengguna. 
GST
Pengarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Subromaniam Tholasy berkata perkara itu dipersetujui hasil perbincangan antara pihaknya, Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bersama ketua eksekutif syarikat telekomunikasi pagi tadi.
"Syarikat telekomunikasi bersetuju sebagai contoh kad tambah nilai RM10 dijual pada harga RM10.60 dan pengguna diberi tambahan masa berbual dan SMS melebihi RM1.
"Keputusan ini dikuatkuasa serta merta untuk tempoh tiga bulan bermula hari ini dan selepas tamat tempoh ini semua pihak akan mencari satu jalan penyelesaian untuk jangka masa panjang," katanya.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Kad Tambah Nilai Prabayar Top-Up Kena GST"

Post a Comment