Jadual Waktu Peperiksaan SPMU Ulangan 2015 - Qiss.me

Jadual Waktu Peperiksaan SPMU Ulangan 2015

Jadual Waktu Peperiksaan SPMU Ulangan 2015. Perhatian kepada calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM Ulangan (SPMU) yang telah mendaftar pada Mac yang lalu2015, jadual SPMU 2015 telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Peperiksaan SPM(U) 2015 hanya melibatkan maksima 3 kertas subjek iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah yang dijadualkan berlangsung pada 8 hingga 11 Jun 2015.

spmu 2015
Nota dan arahan
Calon wajib menduduki  semua kertas  peperiksaan bagi  mata  pelajaran  yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas  peperiksaan bertulis atau melaksanakan ujian lisan khusus calon persendirian akan dianggap TIDAK   HADIR bagi mata   pelajaran   berkenaan.   

Calon   yang tidak dapat menduduki atau    tidak    hadir sesuatu kertas    peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen  sokongan seperti  surat perakuan doktor atau  surat kebenaran  khas  Pengarah  Peperiksaan.  Dokumen  sokongan  ini  hendaklah diserahkan   kepada Ketua   Pengawas  Peperiksaan sebelum   tamat   tempoh peperiksaan SPM (Ulangan) 2015.

Calon hendaklah menyemak butiran pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan sebelum   peperiksaan.   Calon   hendaklah   memaklumkan   kepada pihak   JPN sekiranya   terdapat   kesilapan   maklumat dan mengisi   Borang   Pembetulan Maklumat Calon.  

Calon  dikenakan  bayaran RM  30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Pengarah Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.

Calon  hendaklah  membaca  Garis  Panduan  dan  Arahan  Peperiksaan  yang dinyatakan   dalam   Jadual   Waktu   Peperiksaan SPM   (Ulangan) 2015 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon.
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN  SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN) 2015* Jadual SPMU 2015 boleh di muat turun di LPM
 jadual spmu 2015
Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Jadual Waktu Peperiksaan SPMU Ulangan 2015"

Post a Comment