Harga Pakej Jalur Lebar Internet Turun 2015 - Qiss.me

Harga Pakej Jalur Lebar Internet Turun 2015

Harga Pakej Jalur Lebar Broadband Internet Turun 2015. Langkah enam syarikat penyedia jalur lebar utama di negara ini mengumumkan penurunan antara 14 hingga 57 peratus bagi kos pakej jalur lebar asas (broadband) untuk perkhidmatan mudah alih dan tetap masing-masing merupakan berita baik bagi pengguna internet di Malaysia. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, penurunan harga tersebut pada masa ini hanya melibatkan pakej jalur lebar asas untuk kedua-dua perkhidmatan tersebut.

Beliau berkata, pengurangan ketara itu merupakan komitmen kerajaan bagi menjadikan Malaysia sebagai negara digital dan lebih ramai rakyat mendapat manfaat menerusi pelaksanaan tersebut.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pengurangan harga untuk pakej asas jalur lebar mudah alih dan perkhidmatan tetap di Putrajaya, Rabu 16 April 2015.

Hadir sama ialah Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Seri Dr. Halim Shafie dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad.

Harga Pakej broadband 2015
PENURUNAN HARGA PAKEJ JALUR LEBAR ASAS 2015
Perkhidmatan Jalur Lebar Mudah alih (Mobile)
Melibatkan 4 syarikat penyedia perkhidmatan iaitu :-
  • Celcom Axiata Bhd. (Celcom)
  • Digi Telecommunications Sdn. Bhd. (Digi), 
  • Maxis Bhd. (Maxis)
  • U-Mobile Sdn Bhd (UMobile)

Harga pakej asas kini turun kepada RM25 bagi data bulanan sebanyak 1GB dan sekurang-kurangnya 3G HSPA. Pengurangan ini dianggarkan 14% lebih rendah daripada harga semasa

Contoh penurunan harga pakej broadband

Secara terperinci Maxis sebelum ini menawarkan perkhidmatan jalur lebar bagi pakej terbabit dengan harga RM30 kini menurunkan kepada RM25 iaitu penurunan sebanyak 20 peratus, Celcom menurunkan harga kepada RM25 (16.7 peratus), Digi kekal pada harga RM25 manakala UMobile turun daripada RM28 kepada RM25 (11 peratus).

Perkhidmatan Jalur Lebar talian tetap 

Melibatkan syarikat 
  • Telekom Malaysia (TM) 
  • TIME dotCOM Bhd. 
Telekom Malaysia (TM) tidak lama lagi akan menawarkan pakej jalur lebar asas pada harga RM38 sebulan untuk 1Mbps penggunaan data percuma sehingga 1GB. Harga terbaharu ini adalah 57% lebih rendah daripada harga semasa iaitu RM88 untuk pakej asas.

Time dotCom pula bersetuju untuk menawarkan pakej asas pada harga RM38 sebulan untuk 1Mbps dan kadar RM179 untuk perkhidmatan 10Mbps. Katanya, sebelum ini harga semasa yang ditawarkan bagi kedua-dua pakej terbabit masing-masing ialah RM88 dan RM199.

Penetapan harga terbaru bagi pakej jalur lebar asas talian tetap itu kini lebih rendah sehingga 57 peratus daripada harga semasa.

Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata, semua harga baru itu akan berkuatkuasa selewat-lewatnya dalam tempoh dua bulan lagi bagi perkhidmatan jalur lebar mudah alih, manakala bagi perkhidmatan tetap dijangka mengambil tempoh lebih lama lagi.

Beliau berkata, langkah itu diambil bagi memberi peluang kepada syarikat telekomunikasi terbabit membuat penukaran sistem dan perisian baharu. Sementara itu, beliau berkata, kerajaan juga akan meneruskan kerjasama dengan syarikat telekomunikasi terbabit pada masa hadapan supaya perkhidmatan jalur lebar yang disediakan berkualiti tinggi dan laju.
Sumber: Utusan Online & Astro Awani

 
Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Harga Pakej Jalur Lebar Internet Turun 2015"

Post a Comment