Gangguan Bekalan Air Di Daerah Johor Bahru Dan Kulaijaya April 2015 - Qiss.me

Gangguan Bekalan Air Di Daerah Johor Bahru Dan Kulaijaya April 2015

Gangguan Bekalan Air Di Daerah Johor Bahru Dan Kulaijaya April 2015. Dipetik dari FB Setitis YANG Bermakna, memaklumakn akan berlaku gangguan bekalan air di sebahagian daerah Johor Bahru, Nusajaya, Kulaijaya dan Senai akibat tumpahan minyak diesel di Sg Johor awal pagi tadi.

PENGUMUMAN: LOJI RAWATAN AIR SG JOHOR & LOJI RAWATAN AIR SEMANGAR HENTI OPERASI AKIBAT TUMPAHAN MINYAK DIESEL
Adalah dimaklumkan, satu kejadian tumpahan minyak diesel dikesan telah berlaku awal pagi tadi di Sg Johor yang juga merupakan sumber utama bekalan air bersih bagi loji rawatan air Sg Johor yang berkapasiti 318.23 juta liter sehari dan loji rawatan air Semangar dengan kapasiti 318.23 juta liter sehari dekat Kota Tinggi. 

Kejadian itu telah mengakibatkan loji-loji terbabit terpaksa menghentikan operasi sehingga usaha-usaha pembersihan yang sedang dilaksanakan oleh agensi terbabit siap sepenuhnya sehingga lewat petang ini. 

Gangguan Bekalan Air
Ekoran kejadian ini, terdapat sebahagian besar kawasan di daerah Johor Bahru, Nusajaya, sebahagian kecil Kulaijaya dan Senai yang menerima bekalan air bersih daripada ke dua-dua loji terbabit dijangka boleh mengalami gangguan bekalan air untuk tempoh beberapa jam. Loji rawatan air Sg Johor melibatkan sejumlah 150,000 akaun pengguna manakala loji rawatan air Semangar pula melibatkan sebanyak 100,000 akaun pengguna.

Pengguna bekalan air di kawasan terbabit dinasihatkan agar menyimpan air secukupnya dan menghubungi SAJ Info Center (SAJiC) di Talian Mesra 1 800 88 7474 atau menerusi kaedah sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) 019 772 7474 atau melalui e-mel customer.care@saj.com.my untuk bantuan bekalan air.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Gangguan Bekalan Air Di Daerah Johor Bahru Dan Kulaijaya April 2015"

Post a Comment