Contoh Surat Rayuan Permohonan Kolej Matrikulasi - Qiss.me

Contoh Surat Rayuan Permohonan Kolej Matrikulasi

Contoh Surat Rayuan Permohonan Ke Kolej Matrikulasi. Keputusan tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi KPM sesi 2015/ 2016 telah diumumkan pada 13 April 2015 Isnin yang boleh disemak bermula jam 1200 tengahari. Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka bermula 13 hingga 26 April 2015. Rayuan boleh di buat dengan 3 cara iaitu :-

1) Rayuan secara online di Bahagian Matrikulasi

2) Datang  sendiri  bersama  salinan  keputusan  SPM  yang disahkan  ke  Bahagian  Matrikulasi  KPM  untuk  mengisi  borang rayuan.

BAHAGIAN MATRIKULASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 6 & 7, BLOK E 15, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA   
Telefon: 03-8884 4083
Faks: 03-8884 4028
E-mel: webmaster.matrikulasi@moe.gov.my


3)  Menulis  surat  permohonan  rayuan Matrikulasi  secara  rasmi  dan perlu  dilampirkan  1  salinan  keputusan SPM  dan  kad pengenalan yang disahkan. 

Contoh Surat Rayuan Permohonan Kolej Matrikulasi

Berikut disertakan contoh surat  permohonan  rayuan Matrikulasi untuk panduan dan rujukan anda semua.

Ali Bin Ahmad
No. 88, Jalan Lumba 77
Kg Kereta 
..............................
...............................



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BAHAGIAN MATRIKULASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ARAS 6 & 7, BLOK E 15, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA   
Telefon: 03-8884 4083
Faks: 03-8884 4028


13 APRIL 2015

TUAN,


RAYUAN UNTUK MEMASUKI KOLEJ MATRIKULASI SESI 2015/ 2016
 

Merujuk kepada perkara di atas, dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya xxxxxxx (NO K.P xxxxxxxxxx) ingin membuat rayuan sekali lagi untuk memasuki Kolej Matrikulasi bagi sesi pengajian 2015/ 2016. Jurusan yang saya memohon ialah Jurusan Perakaunan .
 

2. Saya telah memperolehi xA dan xB dalam Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ), dengan A dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan dan A- dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu . Selain itu,saya juga memperolehi keputusan A+ dalam mata pelajaran Matematik dan B+ dalam Matematik Tambahan.
 

3. Di samping itu,saya aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum yang diadakan oleh pihak-pihak tertentu. Saya pernah menyertai .............................. (Kesenian,Kebudayaan Dan Warisan). Saya juga pernah menyertai Program Pendidikan Kepelbagaian Biologi peringkat Kebangsaan dan menjadi fasilitator dalam Kursus Pembimbing Rakan Sebaya(PRS) Sekolah Menengah peringkat daerah dan peringkat sekolah.Pada tahun 2013, saya mencapai kejayaan tempat ketiga dalam Pertandingan Kawad Kaki peringkat Daerah.
 

4. Pada tahun 2014 iaitu sewaktu saya Tingkatan Lima,saya pernah menjawat jawatan Pengerusi dalam Pasukan Pengakap Sekolah dan menjawat jawatan Naib Pengerusi dalam Kelab Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah serta memegang jawatan Bendahari dalam Kelab Permainan Petanque Sekolah.Sehubungan itu, saya pernah menjadi Penolong Setiausaha dalam Lembaga Pengawas Sekolah.

5. Bersama-sama surat rayuan ini disertakan satu salinan kad pengenalan beserta satu salinan keputusan peperiksaan SPM yang telah disahkan untuk rujukan Tuan.
 

6. Pertimbangan pihak tuan amat dihargai .Dengan tulus ikhlasnya saya memohon kepada jasa baik Tuan supaya memberi peluang kepada saya untuk meneruskan pelajaran saya di mana-mana Kolej Matrikulasi.
Sekian dimaklumkan,atas jasa baik Tuan didahului dengan ribuan terima kasih.

Yang Benar,


...................................................
xxxxxxxx
13 APRIL 2015



Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Contoh Surat Rayuan Permohonan Kolej Matrikulasi"

Post a Comment