Ceria Popstar Astro Musim Ketiga 2015 - Qiss.me

Ceria Popstar Astro Musim Ketiga 2015

Ceria Popstar Astro Musim Ketiga 2015. Program realiti yang berkonsepkan pertandingan nyanyian untuk kanak-kanak, Ceria Popstar, kini kembali untuk musim yang ketiga. Selepas menobatkan peserta yang berasal dari Kedah iaitu Masya atau nama sebenar Siti Nur Masyitah Mohd Yusoff berusia 15 tahun musim lalu,  Ceria Popstar Musim Ketiga 2015 bakal menceriakan penonton selama tujuh minggu dan secara eksklusif menerusi siaran saluran Astro Ceria (611) dan siaran serentak di Maya HD (135).

KEPUTUSAN FINAL CERIA POPSTAR 3 2015 KLIK CERIA POPSTAR 3

Jadual Rancangan Ceria Popstar Astro Musim Ketiga 2015
  • Episod pengenalan Tirai Ceria Popstar, yang menampilkan sedutan istimewa ketika sesi bootcamp akan disiarkan pada jam 9 malam, Jumaat ini, 24 April 2015. 
  • Liputan Diari Ceria Popstar Aktiviti dan rutin perjalanan peserta dalam kelas nyanyian dan tarian pula dapat ditonton pada setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam bermula 1 Mei 2015
  • Konsert Mingguan Ceria Popstar pada setiap hari Jumaat jam 9 malam bermula 1 Mei 2015. 
Ceria Popstar Astro Musim Ketiga 2015
Senarai Finalis Ceria Popstar Astro Musim Ketiga 2015
10 finalis terbaik sudah dikenal pasti menerusi sesi uji bakat. Mereka adalah:-

1) Ifwat Iz'aan Roseley, 10, dari Kajang Selangor (Ifwat); 
2) Muhammad Fikry Izzudin Mohd Fuad, 11, dari Air Molek, Melaka (Fikry); 
3) Zackiddin Zachry, 13, Keningau, Sabah (Zack) 
4) Mohamad Shufaad Mohd Sharif, 15, dari Penampang, Sabah (Shufaad). 
5) Adinda Tasya Mansor, 10, dari Simpang, Perak (Adinda); 
6) Farhana Naslyn Suhaillin, 10, Keningau, Sabah (Farhana); 
7) Pasqueletta Joan Paulus, 11, Kota Kinabalu, Sabah (Pasqa); 
8) Syarweena Yajit, 14, Sandakan, Sabah (Weena); 
9) Vanessa Reynauld, 15, Klang, Selangor (Vanessa) 
10) Dayang Izyan Zawanie Iraril, 15, dari Papar, Sabah (Dayang). 

Sesi uji bakat telah dijalankan pada musim cuti persekolahan Disember lalu di empat lokasi iaitu Johor, Pulau Pinang, Sabah dan Selangor. 

Informasi Ceria Popstar Musim Ketiga
Pengacara atau Hos - Nabil Ahmad 
Datuk Aznil Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil - penaung program
Juri tetap - Johan Raja Lawak, Datuk AC Mizal dan Zizan Razak dan seorang juri jemputan pada setiap minggu untuk menilai persembahan peserta berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. 
Juri Cilik Popstar - bekas peserta Ceria Popstar musim terdahulu iaitu Masya, Iqbal, Erissa dan Kashika serta dua selebriti kanak-kanak iaitu Mia Sara Nasuha dan Rykarl Iskandar 

Ceria Popstar musim ini juga membabitkan tiga selebriti, yang menyumbangkan khidmat dan kepakaran masing-masing bagi membimbing peserta cilik musim ini iaitu Hazama, Stacy serta Ronnie Hyper Act. Setiap selebriti yang akan digelar sebagai cikgu ini akan menjadi penasihat kepada peserta di bawah pemerhatian mereka.

Shufaad, Vanessa, Pasqa dan Adinda akan berada di bawah pengawasan Hazama; Stacy membimbing Dayang, Ifwat dan Farhana, manakala Zack, Fikry dan Weena pula akan dibimbing oleh Ronnie Hyper Act. Tambah menarik, peserta musim ini juga akan mendapat khidmat bimbingan vokal daripada Cikgu Mimi dan koreografer tarian oleh Cikgu Boojae bagi memantapkan lagi persembahan mereka di atas pentas. 

Sistem Pemarkahan 
Untuk konsert minggu pertama hingga keenam, nasib peserta akan diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100 peratus oleh juri tetap. Peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan disingkirkan. 

Untuk konsert akhir pada minggu ketujuh, sistem pemarkahan adalah berdasarkan 50 peratus oleh juri tetap dan selebihnya ditentukan berdasarkan undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Talian undian secara SMS akan dibuka secara rasmi bermula 5 Jun 2015. 

Juara Ceria Popstar Musim Ketiga bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM20,000 berserta trofi sumbangan Astro. Naib juara pula bakal memenangi wang tunai sebanyak RM15,000 berserta trofi, manakala pemenang tempat ketiga dan keempat, masing-masing akan memenangi wang tunai sebanyak RM10,000 dan RM5,000 berserta trofi. Jangan lepaskan peluang menonton Ceria Popstar Musim Ketiga, yang pastinya menghiburkan pada setiap Jumaat, jam 9 malam bermula 1 Mei 2015 di Astro Ceria (611) dan siaran serentak di Maya HD (135).


Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Ceria Popstar Astro Musim Ketiga 2015"

Post a Comment