Cara Buat Panggilan Percuma Guna Whatsapp - Qiss.me

Cara Buat Panggilan Percuma Guna Whatsapp

Cara Buat Panggilan Percuma Guna Whatsapp. Pengguna Whatsapp yang menggunakan sistem Android kini boleh menghubungi senarai kenalan mereka di mana-mana sahaja melalui sambungan WiFi atau 3G/4G. Dengan kemaskini terbaru Whatsapp, terdapat tiga pilihan tab iaitu Panggilan, Chat dan Kenalan. Membuat panggilan suara menggunakan Whatsapp sangat mudah dan anda hanya perlu klik tab Panggilan dan pilih kenalan untuk membuat panggilan. Walaupun kemas kini terbaru ini masih belum disahkan dari syarikat itu sendiri, kemas kini boleh didapati sama ada daripada Google Play Store atau laman web WhatsApp. 

Panggilan suara juga dijangka hadir ke iOS dalam masa terdekat, dengan  pengasas bersama WhatsApp, Brian Acton mengulas di F8 bahawa ciri baru ini akan hadir pada peranti Apple dalam "beberapa minggu".

Selepas mencipta nama dengan menawarkan khidmat penghantaran teks percuma, Whatsapp kini melangkah kehadapan dengan meninjau pasaran suara melalui protokol internet (VoIP) dengan ciri terbaharu untuk Android dan iOS. Pada tab ‘Calls’, pengguna boleh membuat panggilan keluar dan menerima panggilan masuk. Mereka yang tidak memberi respons pada panggilan tersebut akan menerima notifikasi panggilan tidak berjawab.


Cara Buat Panggilan Percuma Guna Whatsapp
call guna whatsapp
Perkembangan terkini itu memberi saingan sengit buat aplikasi komunikasi Skype daripada Microsoft dan juga Viber daripada Rakuten. Dengan skala pengguna Whatsapp berjumlah lebih 500 juta di seluruh dunia, aplikasi itu juga merupakan alternatif yang signifikan kepada pelan berbayar pengendali rangkaian mudah alih.

Sementara itu di media sosial, pengguna Whatsapp seluruh dunia memberikan maklum balas baik terhadap ciri terbaharu tersebut.

SUMBER - Astro Awani & The Verge

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Cara Buat Panggilan Percuma Guna Whatsapp"

Post a Comment