Berita Terkini Helikopter Terhempas Di Semenyih 4 April 2015 - Qiss.me

Berita Terkini Helikopter Terhempas Di Semenyih 4 April 2015

Helikopter Awam Terhempas Di Semenyih, 6 Maut. Sebuah helikopter terhempas pada kejadian petang tadi yang mengorbankan 6 penumpang termasuk Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis yang merupakan antara orang kenamaan yang berada dalam helikopter yang terhempas. Perkara ini disahkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Helikopter jenis AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) terhempas ketika dalam penerbangan dari Kuantan ke Subang.

Senarai Mangsa Helikopter Terhempas Di Semenyih 4 April 2015
1) Tan Sri Jamaluddin Jarjis - Ahli Parlimen Rompin dan Pengerusi PR1MA
2) Datuk Robert Tan - ahli perniagaan dari Kedah dan Pengarah Urusan Kumpulan IGB
3) Datuk Seri Azlin Alias - Ketua Setiausaha Sulit Di Pejabat Perdana Menteri
4) Ajdiana Baiziera - Co Pilot
5) Pilot Capt Cliff Fournier 
6) Mohd Raskan Seran, 32 - Bodyguard.

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, helikopter itu terhempas dan terbakar pada 4.55 petang tadi dan ianya berlaku di Kampong Pasir Baru, Semenyih. Jurucakap pasukan penyelamat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata kemalangan itu berlaku ketika hujan dan angin kencang. Dalam pada itu, seorang saksi mendakwa melihat helikopter malang itu meletup di udara sebelum terhempas dan meletup sekali lagi di kawasan kebun getah di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih petang tadi.

Gambar Helikopter Terhempas Di Semenyih 4 April 2015

Berita Terkini Helikopter Terhempas Di Semenyih 4 April 2015


Helikopter Terhempas Di Semenyih 4 April 2015
Berita Terkini Helikopter Terhempas Di Semenyih 4 April 2015
Pasukan bomba Kajang dihantar ke lokasi sejurus kemudian untuk usaha menyelamat. Semua enam mayat mangsa nahas helikopter terhempas di Kampung Pasir Baru, Sungai Pening, di sini sudah ditemui dan akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam ini.

Mayat mangsa terakhir ditemui pada jam 8.15 malam oleh anggota bomba dan penyelamat di bawah bangkai helikopter. Kini, usaha membawa keluar semua mayat mangsa sedang dijalankan.

Terkini
Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Tan Sri Jamaluddin Jarjis, dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias antara penumpang helikopter yang terhempas di Semenyih petang tadi.


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata berdasarkan maklumat awal daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA), nama mereka terdapat dalam senarai penumpang helikopter berkenaan - Sumber BH online

Nahas helikopter Semenyih: Mayat pertama berjaya dibawa keluar dari lokasi kejadian pukul 11.25 malam - Bomba

5 April 2015
Jenazah Ahli Parlimen Rompin Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis telah selamat disemadikan di Masjid Negara kira-kira pada pukul 5.15 petang tadi.

Sebelum ini, jenazah Allahyarham telah dimandikan di Hospital Kuala Lumpur disolatkan di Masjid Taman TAR, Ampang.

Selepas disolatkan, jenazah telah dibawa ke rumah arwah di The Mines, sebelum dibawa ke Masjid Negara.


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Berita Terkini Helikopter Terhempas Di Semenyih 4 April 2015"

Post a Comment