Video Asam Pedas Untuk Dia Minggu Akhir Episod 23 Dan 24 - Qiss.me

Video Asam Pedas Untuk Dia Minggu Akhir Episod 23 Dan 24

Video Drama Asam Pedas Untuk Dia Episod 23 Dan 24 (Minggu Akhir) Slot Dahlia TV3. Drama Asam Pedas Untuk Dia akan berakhir hujung minggu ini di mana Episod 24 dan 24 akan bersiaran pada Sabtu dan Ahad ini. Asam Pedas Untuk Dia mengisahkan seorang pembantu rumah separuh masa bernama Ainin Sofiya. Tugas Ainin Sofiya bukan sahaja mengemas rumah majikannya, malah urusan memasak juga turut diserahkan kepadanya. Buat pertama kalinya, Ainin menyajikan masakan asam pedasnya dan ternyata air tangannya mendapat pujian daripada majikannya.

Namun, dalam diam, Ainin Sofiya diintai oleh salah seorang anak majikannya, Ahmad Ziyad. Rupanya.. Ziyad terpikat dengan asam pedas Ainin Sofiya. Bagaimanapun, Ainin Sofiya tidak menyangka, Ziyad ingin melamarnya, bukan kerana cinta tetapi hanya kerana ingin membantunya dari segi kewangan. Ainin Sofiya bukan mata duitan! Dia menolak lamaran itu, dan mahukan hasil kesenangan atas hasil usahanya sendiri.

Namun, setelah berfikir panjang, Ainin Sofiya menerima lamaran Ziyad, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Ainin Sofiya juga tidak dibenarkan hamil. Malah, Ainin Sofiya tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. 

Video Asam Pedas Untuk Dia
Namun, sampai bila Ainin Sofiya harus berlakon dan menyorok statusnya itu? Jiwa Ainin Sofiya tertekan menjadi isteri rahsia Ziyad walaupun ikatan perkhawinan mereka sah. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaannya. Hidup Ainin Sofiya terseksa dengan permainannya hingga takdir menentukan yang dia hamil anak Ziyad. Ketahui segalanya, dalam drama Asam Pedas Untuk Dia pada setiap hari Sabtu dan Ahad bermula jam 7.00 malam di saluran TV3.

Tonton Asam Pedas Untuk Dia Online
Episod 23
Episod 24

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Video Asam Pedas Untuk Dia Minggu Akhir Episod 23 Dan 24"

Post a Comment