Live Streaming Malaysia Vs Macau 29 Mac 2015. Skuad  bawah 22 tahun Malaysia tidak ada pilihan lagi selain perlumenang ke  atas Macau dalam perlawanan kedua Kelayakan AFC Bawah 23 di Stadium Shah  Alam petang ini jam 430 petang. Selepas mempamerkan aksi hambar ketika tewas 1-2 pada pertemuan pembukaan dengan Vietnam kelmarin, tiada lagi alasan  untuk seri atau kalah buat Skuad B-22 negara kendalian Razip Ismail itu.
Walaupun  mengakui moral anak buahnya kini terjejas, namun bagi Razip, mereka  harus segera mempamerkan kebangkitan atau berisiko menutup kempen dengan  menghuni tangga tercorot Kumpulan I.
Mengulas mengenai peluang  Malaysia untuk menang besar ke atas Macau, pengendali berusia 52 tahun  itu mengakui mereka mampu melakukannya, namun pada masa sama  mengingatkan pemain agar turut berwaspada.
Saksikan perlawanan ini secara langsung di saluran Astro Arena 801. Link live streaming di BPTV.
Satu lagi perlawanan bakal menyaksikan pertembungan di antara Jepun dan Vietnam pada jam 815 malam. Jadual penuh perlawanan Pusingan Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2016 di AFC U23 2016.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 Orang Menanggapi Artikel "Siaran Langsung Malaysia Vs Macau 29 Mac 2015"
Post a Comment