Panduan Cara Isi Borang Cukai Pendapatan E-Filling Secara Online - Qiss.me

Panduan Cara Isi Borang Cukai Pendapatan E-Filling Secara Online

Panduan Cara Isi Borang Cukai Pendapatan E-Filling Secara OnlineLembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ada memaklumkan yang pembayar cukai boleh mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) tahun taksiran 2014 mereka melalui e-Filing bagi borang E, BE, B, BT, P,M, MT, TP, TF dan TJ mulai 1 Mac 2015 ini. Bagi mereka yang tidak pernah atau lupa dalam menggunakan sistem e-Filling cukai pendapatan online, berikut disertakan panduan cara isi borang cukai pendapatan e-Filling secara online seperti dikongsikan dari LHDN. Penggunaan e-filling adalah mudah, cepat dan selamat.

Tarikh akhir hantar borang e-Filling cukai pendapatan 2015 untuk taksiran tahun 2014 - Klik SINI


Untuk makluman, e-Filing adalah satu kaedah menghantar Borang Nyata Cukai (BNCP) Pendapatan LHDNM secara elektronik melalui Internet. Adalah digalakkan kepada pembayar cukai menggunakan e-Filing kerana ianya Mudah, Cepat dan Selamat.

Panduan Cara Isi Borang Cukai Pendapatan E-Filling Secara Online -  sistem e-Filing 
a) Pembayar Cukai yang telah mendaftar Sijil Digital:
Lawati laman web ezHASIL (https://ez.hasil.gov.my) atau klik ikon e-Hasil di laman web utama LHDNM (http://www.hasil.gov.my)
Log masuk laman web ezHASiL. Masukkan No. Pengenalan dan Kata Laluan.
Pilih Perkhidmatan -> e-Filing -> e-Borang. Pilih borang yang dikehendaki.
Tandatangan menggunakan Sijil Digital dan hantar secara dalam talian.
Cetak pengesahan penerimaan e-Borang.
b) Pembayar Cukai yang belum mendaftar Sijil Digital:
Lawati laman web ezHASIL (https://ez.hasil.gov.my) atau klik ikon e-Hasil di laman web utama LHDNM (http://www.hasil.gov.my)
Dapatkan No. PIN. 

No. PIN boleh didapati melalui:
i. Laman web ezHASiL (https://ez.hasil.gov.my). Klik Permohonan no. PIN.
ii. Cawangan LHDNM yang berdekatan.
iii. Melalui surat atau faks kepada mana-mana cawangan LHDNM yang berdekatan. Perlu disertakan:
No.Cukai Pendapatan
Alamat terkini
Salinan Kad Pengenalan (muka depan dan belakang)
iv. Melalui borang Maklumbalas Pelanggan. Perlu dilampirkan borang pengenalan diri semasa pengisian. Sila klik di sini untuk ke borang Maklumbalas Pelanggan.
Log masuk laman web ezHASiL. Masukkan No. Pengenalan dan Kata Laluan.
Pilih Perkhidmatan -> e-Filing -> e-Borang. Pilih borang yang dikehendaki.
Tandatangan menggunakan Sijil Digital dan hantar secara dalam talian.
Cetak pengesahan penerimaan e-Borang. 
efilling
Talian Hotline atau Cara Dapat Bantuan Semasa Proses e-Filing
Telefon Pusat Khidmat Pelanggan: 1-800-88-5436
Faks ke nombor : 03-4289 3400
E-mel: callcentre@hasil.gov.my
Kunjungi cawangan HASiL/Pusat Khidmat HASiL yang berdekatan.
Apakah yang perlu saya lakukan selepas saya sudah menghantar e-Filing?
Cetak dan simpan - e-Borang.
Cetak dan simpan - Pengesahan penerimaan borang.
SIJIL DIGITAL
1) Apakah itu Sijil Digital?
Sijil Digital adalah pengenalan elektronik yang sama pentingnya dengan kad pengenalan ataupun MyKad. Ia digunakan untuk mengesahkan identiti atau membolehkan pengguna memperolehi hak untuk mendapatkan maklumat serta melakukan transaksi secara dalam talian.
2) Apakah kegunaan Sijil Digital?
Sijil Digital digunakan untuk mengesah kesahihan capaian pengguna untuk menggunakan e-Filing dan menandatangani secara dalam talian Borang Nyata Cukai Pendapatan. Sijil Digital yang dikeluarkan oleh Digicert Sdn Bhd adalah sah disisi Undang-Undang Siber Malaysia dibawah Akta Tandatangan Digital 1997.
3) Bagaimana saya boleh mendapatkan Sijil Digital ataupun No. PIN?
a) Permohonan No. PIN Individu
 
i. Laman web ezHASiL (https://ez.hasil.gov.my). Klik Permohonan no. PIN.
ii. Cawangan LHDNM yang berdekatan.
iii. Melalui surat atau faks kepada mana-mana cawangan LHDNM yang berdekatan. Perlu disertakan:
No.Cukai Pendapatan
Alamat terkini
Salinan Kad Pengenalan (muka depan dan belakang)
iv. Melalui borang Maklumbalas Pelanggan. Perlu dilampirkan borang pengenalan diri semasa pengisian. Sila klik di sini untuk ke borang Maklumbalas Pelanggan.
b) Permohonan No. PIN e-Filing Organisasi
  Permohonan nombor pin e-Filing Organisasi boleh dibuat melalui saluran berikut:
 
i. Cawangan LHDNM/Pusat Transformasi Bandar (UTC)/Pusat Khidmat Hasil (PKH). Perlu disertakan:
Borang CP55B yang lengkap diisi.
Borang 49. Jika Borang CP55B ditandatangani oleh Pengarah Syarikat.
Surat lantikan sebagai Wakil Syarikat - Jika CP55B ditandatangani oleh individu selain Pengarah Syarikat.
Salinan kad pengenalan/pasport Pengarah Syarikat atau Wakil Syarikat.
ii. Melalui borang maklumbalas Pelanggan. Perlu disertakan:
Menggunakan e-mel Pengarah Syarikat atau Wakil Syarikat yang dilantik sahaja. E-mel daripada pihak ketiga tidak akan diproses. Selain itu, alamat e-mel mesti sama seperti dalam rekod kami. Sila sertakan Borang CP600B jika terdapat pertukaran alamat e-mel tuan/puan.
Borang CP55B yang lengkap diisi.
Borang 49. Jika Borang CP55B ditandatangani oleh Pengarah Syarikat.
Surat lantikan sebagai Wakil Syarikat - Jika CP55B ditandatangani oleh individu selain Pengarah Syarikat.
Salinan kad pengenalan/pasport Pengarah Syarikat atau Wakil Syarikat.
  Sila klik di sini untuk membuat permohonan PIN melalui Borang Maklumbalas Pelanggan
Log masuk laman web ezHASiL. Masukkan No. Pengenalan dan Kata Laluan.
Pilih Perkhidmatan -> e-Filing -> e-Borang. Pilih borang yang dikehendaki.
Tandatangan menggunakan Sijil Digital dan hantar secara dalam talian.
Cetak pengesahan penerimaan e-Borang.
4) Mengapa saya perlu memohon Sijil Digital?
Sijil Digital digunakan untuk mengesahkan kesahihan capaian pengguna untuk menggunakan e-Filing dan menandatangani secara digital Borang Nyata Cukai Pendapatan anda.
5) Apakah syarat-syarat yang diperlukan sebelum membuat permohonan Sijil Digital?
Anda haruslah berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai nombor rujukan cukai pendapatan.
6) Berapakah bayaran yang dikenakan bagi memohon Sijil Digital?
Sijil Digital ini adalah percuma kepada semua pembayar cukai LHDNM.
7) Bilakah Sijil Digital saya akan luput?
Sijil Digital bagi aplikasi LHDNM e-Filing adalah sah bagi tempoh 3 tahun dari tarikh Sijil Digital dimuat turun.
8) Perlukah saya memohon Sijil Digital yang baru apabila Sijil Digital luput?
Tidak perlu. Pengguna perlu log masuk ke ezHASiL (https://ez.hasil.gov.my/ci). Sistem akan memaparkan makluman "Sijil Digital Anda telah tamat tempoh". Klik OK dan ikuti arahan yang seterusnya. Bagi panduan yang terperinci sila ke Menu Bantuan dan pilih Panduan Pengguna Sijil Digital Tempoh.
9) Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya terlupa kata laluan ataupun kata laluan telah disekat?
1. Jika mempunyai e-mel berdaftar dengan LHDNM, sila ke Terlupa Kata Laluan; atau
2. Sekiranya tidak mempunyai e-mel berdaftar dengan LHDNM tetapi ingat petunjuk kata laluan, sila ke Terlupa Kata Laluan dan klik pada petunjuk kata laluan. Bagi panduan terperinci sila ke Menu Bantuan dan pilih terlupa kata laluan; atau
3. Hadir ke Cawangan LHDNM yang berdekatan; atau
4. Permohonan reset melalui Borang Maklumbalas Pelanggan. Sila klik di sini untuk ke Borang Maklumbalas Pelanggan.
10) Sekiranya saya telah menghantar borang, bagaimana saya boleh mendapatkan semakan pengesahan dan cetakan e-Borang?
Sila log masuk ke ezHASiL (https://ez.hasil.gov.my). Klik pada Perkhidmatan -> e-filing -> Semakan Pengesahan. Masukkan jenis borang dan tahun taksiran.
11) Apakah akan terjadi kepada Sijil Digital sekiranya pemilik meninggal dunia?
Setelah pihak Digicert mendapat laporan berserta bukti bahawa pemilik Sijil Digital telah meninggal dunia, pihak Digicert akan membatalkan Sijil Digital beliau.
12) Adakah teknologi Sijil Digital ini selamat?
Dokumen yang dilindungi dengan teknologi PKI (Public Key Infrastructure) mempunyai sepasang kekunci rahsia yang sukar untuk dicerobohi atau dipecahkan. Pelopor teknologi PKI iaitu Rivest Shamir Aldeman (RSA) menyatakan bahawa untuk memecahkan kekunci 1024 bit ianya memerlukan masa selama 3,000,000 tahun. Jadi buat masa ini, ia adalah hampir mustahil untuk dipecahkan.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Panduan Cara Isi Borang Cukai Pendapatan E-Filling Secara Online"

Post a Comment