Kadar Dividen ASM Amanah Saham Malaysia 2015 - Qiss.me

Kadar Dividen ASM Amanah Saham Malaysia 2015

Kadar Dividen ASM Amanah Saham Malaysia 2015. Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.60 sen seunit bagi tabung Amanah Saham Malaysia (ASM) untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2015.

Anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu juga turut mengumumkan pengagihan seperti berikut
bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2015 :-

1) 7.10 sen seunit bagi Amanah Saham Gemilang (ASG)-Pendidikan, 
2) 7.20 sen seunit untuk ASG-Kesihatan dan 
3) 7.05 sen seunit untuk ASG-Persaraan

Pengagihan pendapatan bagi tabung ASM dan ketiga-tiga tabung di bawah ASG itu adalah sama seperti yang diumumkan pada tahun lalu.

Kadar Dividen ASM Amanah Saham Malaysia 2015
Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata prestasi ASM dan ketiga-tiga tabung ASG pada tahun ini masih baik dan kompetitif walaupun berdepan situasi ekonomi dan pelaburan yang mencabar.

Semua urus niaga bagi tabung ASM dan ketiga-tiga tabung ASG di Ibu Pejabat ASNB, pejabat ASNB dan ejen ASNB telah ditangguhkan mulai 22 Mac hingga 31 Mac ini bagi tujuan pengiraan pendapatan - BH online


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Kadar Dividen ASM Amanah Saham Malaysia 2015"

Post a Comment