Cara Buat Permohonan Borang Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan. Dipetik dari makluman rasmi di Lembaga Peperiksaan Malaysia, berikut disertakan cara-cara buat permohonan salinan keputusan peperiksaan melalui borang yang boleh di muat turun secara online.
- Menurut peraturan 12 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 [P.U.(A)533/97] Sijil Peperiksaan/Pernyataan Keputusan Yang Hilang Atau Rosak:
- Pengarah Peperiksaan boleh, apabila permohonan dibuat oleh calon mengeluarkan satu surat memperakui keputusan peperiksaan bagi maksud penggantian sijil peperiksaan atau pernyataan keputusan yang hilang atau rosak.
- Sijil/pernyataan keputusan peperiksaan hanya akan dicetak sekali sahaja bagi semua jenis peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan.
1. Pemohon hendaklah mengisi borang LP/SIJIL/Pin 1/96a yang boleh didapati di kaunter atau boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan.
2. Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan salinan keputusan dengan lengkap beserta dengan wang proses.
3. Bayaran proses mulai 1 Januari 2015 ialah RM30.00 (Ringgit : Tiga puluh sahaja) bagi setiap salinan terjemahan dan boleh dibayar secara tunai jika pemohon berurusan sendiri di kaunter.
4. Semua permohonan melalui pos hendaklah disertakan dengan Wang Pos atau kiriman Wang Pos bernilai RM30.00 (Ringgit: Tiga puluh sahaja) atas nama Pengarah Peperiksaan. Cek Persendirian tidak diterima.
MAKLUMAT UMUM KAUNTER PERKHIDMATAN
1. Kaunter urusan dibuka pada setiap hari bekerja.
2. Waktu urusan adalah seperti berikut:
Isnin hingga Khamis : 8.15 pagi – 4.30 petang
Jumaat : 8.15 pagi – 12.00 tengahari
2.45 petang – 4.30 petang
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum : TUTUP
Jumaat : 8.15 pagi – 12.00 tengahari
2.45 petang – 4.30 petang
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum : TUTUP
3. Semua permohonan pos akan diproses dalam masa 7 hari bekerja tanpa mengira perjalanan pos.
4. Lembaga Peperiksaan tidak mengeluarkan salinan sijil UPSR. Pemohon dinasihatkan menghubungi sekolah untuk urusan tersebut.
5. Lembaga Peperiksaan tidak menyimpan sijil asal calon. Calon yang tidak mengambil sijil asal dinasihatkan menghubungi sekolah atau Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pelajaran Negeri untuk mendapatkan sijil asal sekiranya sijil tersebut belum dituntut dalam masa 3 tahun setelah menduduki peperiksaan.
6. Permohonan melalui pos hendaklah dialamatkan kepada:
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BLOK E 11, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(UP: UPMPD - UNIT KECIL SIJIL)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BLOK E 11, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(UP: UPMPD - UNIT KECIL SIJIL)
Borang boleh di download di link LPM
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI
0 Orang Menanggapi Artikel "Borang Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan"
Post a Comment