Berita Terkini Nahas Pesawat Germanwings Terhempas 24 Mac 2015 - Qiss.me

Berita Terkini Nahas Pesawat Germanwings Terhempas 24 Mac 2015

Berita Terkini Nahas Pesawat Germanwings Terhempas 24 Mac 2015. Pesawat Germanwings terhempas dan tiada seorang pun selamat itu kata Menteri Muda Pengangkutan Perancis, Alain Vidalies hari ini yang mengesahkan tiada seorangpun yang terselamat dalam nahas pesawat Germanwings 4U 9525 di selatan Perancis pada 24 Mac 2015.

"Tiada yang terselamat," kata Vidalies , sambil menambah bahawa kemalangan itu berlaku tidak lama selepas juruterbang mengeluarkan isyarat kecemasan semasa cuaca yang baik, lapor AFP. Menurut Reuters pula,
Pengarah Urusan Germanwings, Thomas Winkelmann berkata pesawat Airbus A320 yang terhempas di pergunungan Alps Perancis hari ini mula menurun seminit selepas mencecah paras penerbangan ditetapkan dan mula kehilangan altitud selama lapan minit.

"Hubungan pesawat itu dengan pusat kawalan udara Perancis tamat pada jam 10.53 pagi pada ketinggian 6,000 kaki. Pesawat itu kemudian terhempas," katanya pada sidang media di sini.

Winkelmann berkata penyelenggaraan berkala pesawat itu dilaksanakan Lufthansa Technik semalam. Pihak berkuasa penerbangan awam juga dalam laporan terbaru telah mengesahkan bahawa kru pesawat tersebut tidak menghantar sebarang  isyarat kecemasan.

"Kru pesawat tidak menghantar isyarat cemas. Sebenarnya pihak kawalan trafik udara yang sebelum ini membuat keputusan bahawa pesawat itu berada dalam keadaan cemas berikutan tiada komunikasi dengan kru pesawat,” ujar sumber berkenaan.

Sebelum pengesahan tersebut, Vidalies memberitahu bahawa isyarat kecemasan telah didaftarkan pada pukul 10:47 pagi iaitu ketika pesawat itu berada pada 5,000 kaki dalam keadaan yang tidak normal.

Beliau berkata tempat pesawat itu terhempas merupakan sebuah kawasan yang diliputi salji dan tidak boleh diakses dengan kenderaan darat. Hanya helikopter yang boleh sampai ke lokasi berkenaan.

Pesawat yang membawa 144 penumpang dan enam anak kapal itu sedang dalam laluan penerbangan antara Barcelona, Sepanyol ke Dusseldorf di Jerman.

Menurut Ketua Pengarah Eksekutif Germanwings, Thomas Winkelmann, seramai 67 warganegara Jerman dipercayai berada dalam pesawat malang tersebut. Pesawat itu juga membawa dua orang bayi.

Lokasi Perjalanan Nahas Pesawat Germanwings Terhempas 24 Mac 2015 
Pesawat Germanwings Terhempas 24 Mac 2015
Menteri Dalam Negeri Perancis, Bernard Cazeneuve berkata satu daripada kotak hitam pesawat Germanwings yang terhempas di pergunungan Alps Perancis sudah ditemui. 

"Satu kotak hitam yang ditemui beberapa jam selepas nahas itu akan terus diperiksa untuk membantu siasatan," katanya di sini. 

Beliau berkata, tapak nahas itu akan dikawal bagi memudahkan pihak berkuasa termasuk agensi menyelamat masuk ke kawasan itu. - Reuters


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI
Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Berita Terkini Nahas Pesawat Germanwings Terhempas 24 Mac 2015"

Post a Comment